Followers

Monday, September 10, 2012

DARA NATURAL HERBS: DARACOL COLLAGEN


HARGA PASARAN: RM49.00/15SACHETS X 3.5GM
HARGA TAWARAN: 3KOTAK RM118.00  
+ POS SMNJG RM7.00
+ POS SS RM10.00
 
SIHAT. SENDI. TEGANG. AWET MUDA. GEBU. HALUS

 Daracol : Produk adunan Herba semulajadi terpilih dan terbaik pilihan pakar pemakanan herba kami. Pemilihan kandungan terhebat ini melambangkan status produk ini sebagai "PRODUK HERBA TERBAIK" yang pernah dihasilkan oleh industri ini. Dengan keistimewaan khusus COLLAGEN TYPE II, Daracol adalah pilihan utama kepada pengguna yang mempunyai masalah tulang, saraf dan rawan. Kandungan istimewa ini boleh membantu pengguna untuk menguatkan tulang, merawat saraf yang bermasalah dan menambah semula rawan yang kehausan. 

KANDUNGAN:
 
 1. JUS DELIMA

Delima banyak mengandungi anti oksidan. Ia merupakan vitamin danenzim  yang dikenali untuk mengekalkan ketumpatan rendah lipoprotein atau kolesterol tidak baik dari pada pengoksidaan dan menyebabkan ateroklerosis atau pengerasanateri. Biji buah Delima Organik bertindak seperti aspirin,  menghalang platlet darah dari pada melekat bersama dan membentuk pembekuan darah yang merbahaya.

Anti oksidan juga menampan kesan kerosakan radikal bebas kepada sel-sel tubuh badan yang  disebabkan oleh pengoksidaan. Radikal bebas dihasilkan oleh fungsi dalam badan dan elemen-elemen luar seperti radiasi matahari. Oleh kerana kita tidak berupaya menghentikan berlakunya radikal bebas dan pengoksidaan, adalah penting untuk mengambil makanan tambahan yang  membantu meneutralisasikan potensi kerosakan. Penyelidikan juga telah menunjukkan memakan biji Delima Organik dan meminum  jusnya boleh meningkatkan kandungan oksigen ke jantung.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan Delima Organik boleh melawan penyakit “matipucuk” Buah ini juga mungkin mengurangkan radang arthritis. Dengan memperlahankan enzim yang merosakkan tulang rawan.

2. COLLAGEN IKAN
Kolagen merupakan protein yang  terdapat banyak pada tubuh manusia. Ia adalah satu bahagian penting dalam otot, tendon, rawan, tulang, mata, kulit, kuku  dan banyak lagi. Apabila umur meningkat, jumlah kolagen perlahan -lahan merosot, tahap tenaga dan  mobility  menurun,  sendi lemah dan kesegaran kulit akan berkurangan.

a.    Kolagen Type  I
Pada kebiasaannya di akhir umur 20an  tubuh badan tidak lagi mengeluarkan kolagen yang secukupnya yang diperlukan untuk memperbaiki system badan dan secara perlahan akan menurun. Adalah dijangkakan dari umur 25 tahun badan akan kehilangan kolagen sebanyak  1.5% setiap tahun (contoh : umur 35 tahun – 15% dan umur 45 tahun  - 30%). Oleh yang demikian system ini dicipta untuk merangsang pengeluaran kolagen bagi menggantikan kehilangan tersebut.

b.    Kolagen  Type  II
Kolagen  Type  II  merupakan kolagen  yang  melancarkan pergerakan sendi juga membekalkan kadar yang tinggi  chondroitin sulphate (CS).  CS  ialah salah satu dari enam Glycosaminoglycans (GAG) yang membantu membentuk tisu penghubung kulit, tendon, rawan, ligament dan matrik tulang. CS merupakan jumlah terbanyak GAG dalam badan. CS ialah sebatian anti radang yang sangat berkesan tanpa meninggalkan kesan sampingan negative.

Kolagen  Type  II  mempunyai pelbagai manafaat perlindungan :-
1.    Menghalang penghadaman  protein  rawan
2.    Memprogram Chondrocytes  yang memusnahkan untuk mengurangkan keradangan.
3.    Menggaklakkan rawan baru
4.    Meningkatkan pengeluaran  HA  dan seterusnya menghasilkan cecair pelincir sunovial  yang  tebal dan berkesan untuk sendi.
5.    Melindungi permukaaan rawan dari kerosakan oksidatif (radikalbebas)  dan pencernaan enzim
6.    Bertindak sebagai  anti  radang/  sakit  yang  sangat berkesan.

3. CRABBERRIES
Bahan aktif pada cranberry termasuklah sebatian kimia dipanggil Proanthocyanidins yang merupakan anti oksidan yang sangat berkesan yang  mampu mengurangkan kehadiran bacteria ke pundi kencing. Oleh  yang  demikian, bacteria akan kurang terkumpul dan dapat mengelakkan dari berlakunya jangkitan pada pundi kencing, jangkitan pada saluran kencing dan jangkitan  yang  lain.

Manafaat Kesihatan :-
1.    Mengelakkan jangkitan pada pundi dan saluran kencing
2.    Mengurangkan plak pada gigi
3.    Anti Cancer
4.    Menggelakkan Penyakit yang berkaitan dengan jantung
5.    Mengelakkan Penyakit Batu Karang


4. BILBERRIES
Billberry mempunyai nilai makanan perubatan yang tinggi untuk rawatan skurvi dan jangkitan pada pundi dan saluran kencing termasuk batu karang. Disebabkan kualiti astringent yang tinggi,  ia juga membantu untuk merawat cirit-birit dan disenteri. Billberry juga amat dikenali untuk memperbaiki masalah penglihatan. Ia menawarkan manafaat penting untuk mata disebabkan keupayaan untuk memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata.

5. Ekstrak Marigold (Bunga Matahari)
Bunga matahari mengandungi pelbagai karotenoid anti oksidan yang  memberikan warna oren dan kuning yang terang pada kelopak bunga. Anti  Oksidan adalah sebatian yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas atau molekul berbahaya.  Radikal bebas adalah bahan yang terhasil dari fungsi normal badan atau  factor  persekitaran seperti  asap  rokok atau pelbagai jenis pencemaran lain.

Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel dalam badan sehingga ianya mampu merosakkan DNA. Hasilnya radikal bebas ini adalah punca atau pembawa kepada penyakit dan pelbagai jenis kanser.

Pengambilan anti oksidan yang tinggi membantu bagi memerangi kerosakan  yang terhasil daripada radikal bebas. Karotenoid utama dalam bunga matahari adalah Lutein dan Zeaxanthin dimana ianya sering didapati bersama serta Lycopene. Institut Linus Pauling melaporkan bahawa Lutein dan Zeaxanthin adalah satu-satunya anti oksidan yang  ditemui  di retina mata  dimana ianya mampu melindungi mata dari katarak dan degenerasi macular.  Lycopene dilapurkan dapat mengurangkan risikokan serprostat dan penyakit jantung.

6. Acerola Cherry
Acerola (MalpighiaGlabra) juga dikenali sebagai ceri Barbados adalah sejenis pokok berbuah tropika atau pokok renek atau kecil yang tergolong dalam  sepsis Malpighiaceae. Ia berasal dari West Indies dan Utara Amerika  Selatan dan banyak ditanam  di India. Banyak kajian Acerola dibuat didalam makmal dan adalah didapati ianya merupakan anti oksida yang amat kuat dan berkesan dan mempunyai potensi melawan kanser.

7. Astaxanthin
Astaxanthin adalah karotenoid dengan antioxida yang sama dengan beta-carotene. Ia bertindak sebagai pewarna merah bagi salmon, trout, udang, ketam dan sejenis alga termasuk Haematococcus Pluvialis.

Astaxanthin mempunyai 6 profil biologi iaitu : pro  vitamin  A,  aktiviti  anti  radang, pengubahsuaian tindak balas biologi, pas rintangan darah ke otak dan pas rintangan darah ke  retina dan  anti oksidan.

Sebagai anti oksidan Astaxanthin membantu dalam merawat keadaan seperti hipertensi, diabetes, hiperkolesterol, arteriosclerosis, sesetengah jenis  cancer dan penyakit kulit.

8. STEVIA
Stevia adalah sejenis tumbuhan  yang  mempunyai daun yang  manis.  Daun ini digunakan bagi tujuan memaniskan minuman dan bertindak sebagai pengganti gula. Sejak zaman dulu lagi suku kaum di Paraguay, Brazil dan Bolivia telah menggunakan daun stevia  untuk memaniskan minuman teh dan juga untuk tujuan-tujuan perubatan. Perkara  yang  menarik ialah  stevia  tidak member kesan kepada paras gula dalam darah sekaligus membuktikan ianya sejenis pemanis yang mengandungi kalori yang sangat rendah dan dipercayai mampu member banyak kelebihan pada pesakit diabetes.

No comments:

Post a Comment

Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!