Minyak Argan dan Pokok Argan - Liquid Gold Of Morocco
|
Pokok Argan |
Pokok Argan atau nama saintifiknya
Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga
Sapotaceae. Ia berasal dari era
Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan Morocco dan kemudian telah kembali ke barat daya pada zaman ais. Dari sinilah bermulanya penempatan manusia di seluruh Maghribi. Pokok-pokok Argan hidup di kawasan yang agak kering di kawasan barat daya Maghribi.
|
Kawasan yang agak kering |
Pohon Argan adalah pohon hutan khusus dan mempunyai buah yang luar biasa. Ia mewakili 65% (700,000 ha) kawasan hutan di barat daya Maghribi.
Kawasan ini telah diwartakan oleh
UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, dan Argan dengan sendirinya mewakili ekologi dan sosio-ekonomi bagi kawasan tersebut.
Kawasan yang tandus kering telah menjadi sumber pendapatan utama bagi hampir 3 juta penduduk di kawasan ini.
Pohon Argan mempunyai manafaat yang banyak, kayunya dijadikan kayu api ataupun arang, daun, sisa kulit dan buah Amandons menjadi sumber kepada haiwan terutama kambing.
|
Kambing di atas pohon Argan |
Proses Mengekstrak Minyak Argan
|
Buah Argan muda |
|
Buah-buah yang telah dikumpulkan untuk proses seterusnya. Buah-buah ini dituai dari bulan July-August. Proses pengeringan akan memudahkan proses membuang kulit. Tetapi sekarang proses ini dilakukan oleh mesin. |
|
Lesung tradisional untuk memecahkan buah Argan |
|
Wanita bersama buah-buah argan yang sedia untuk di proses |
|
Argan yang kering akan dibuang kulitnya dan hasilnya |
|
Proses menghancurkan buah-buah argan |
Proses dibawah ini adalah proses untuk mengekstrak minyak dari buah Argan yang telah siap. Biji almond Argan akan dipanggang untuk memudahkan proses mengekstrak minyak yang seterusnya.
Pekerja-pekerja wanitanya menggunkan mesin pengisar tradisional. Buah Argan yang telah dikisar sehingga halus (berbentuk krim), kemudian akan dicampur dengan air suam dan diramas menggunakan tangan.
|
Selepas dikisar halus |
|
Proses menggaul dan meramas |
|
Minyak terbentuk |
|
Mengumpul minyak |
Proses untuk mengekstrak 1 liter minyak Argan memerlukan masa sehingga 10 jam. Jadi tidak hairanlah kenapa minyak ini begitu berharga dan agak mahal dipasaran.
Keistimewaan Minyak Argan
Minyak Argan kaya dengan nutrisi semulajadi yang boleh membantu dalam pembaharuan sel-sel yang rosak. Kebanyakan wanita-wanita Morocco mengamalkan minyak Argan untuk kulit badan mereka kerana faktor geografi yang agak panas di Morocco.
Minyak Argan memainkan peranan dalam melindungi kulit dari panas cahaya matahari. Dan ia amat sesuai untuk menghilangkan ketegangan kulit (stretch mark), terutama bagi wanita yang sedang mengandung atau selepas melahirkan anak.
Minyak ini juga amat berkesan untuk merawat kuku yang bermasalah dan sesuai untuk rawatan rambut.
Dari segi penjagaan kesihatan, minyak ini dapat menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah dimana ia dapat mengurangkan kolesterol 'jahat' dan meningkatkan kolesterol 'baik' di dalam darah.
Argan juga dapat mengurangkan tekanan, menpunyai unsur 'anti-obesity' dimana ia bertindak sebagai pengganti makanan (perlukan maklumat lanjut). Minyak ini juga amat baik untuk fungsi buah hati kita. Ia meneutralkan radikal bebas dan melindungi tisu-tisu.
Dengan komponen esensialnya, minyak argan memiliki manfaat memulihkan struktur kulit yang mengalami proses penuaan dan juga dapat memulihkan keanjalan dan kelembapan kulit.Minyak ini berfungsi sebagai rawatan semulajadi dan organik untuk masalah dermatologis seperti jerawat pada usia remaja dan eczema. Wanita yang memiliki stretch mark semasa kehamilan juga menggunakan minyak ini untuk menghilangkan tanda.Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minyak argan adalah penyelesaian semulajadi yang boleh digunakan untuk melindungi kulit yang terdedah dengan pancaran UV yang berbahaya yang diketahui penyebab kepada kanser kulit.Minyak ini juga kaya vitamin E. Vitamin ini memberikan minyak kekuatan untuk menjadi anti-oksidan.
Jumlah quality tokoferol yang hadir dalam minyak argan membantu melindungi kulit terhadap pengoksidaan dan aktiviti radikal bebas yang dikaitkan dengan penuaan kulit dan kanser.Sebahagian panduan penggunaan minyak Argan
Rawatan kuku:
|
Penggunaan lemon untuk rawatan kuku |
Campurkan perahan lemon dengan beberapa titis minyak argan. Rendamkan jari kuku ke dalamnya lebih kurang 15 minit. Urut kuku anda dalam posisi bulatan. Amalkan 2 kali seminggu.
Urutan badan:
Rawatan rambut:
Minyak argan boleh mengembalikan sinar rambut yang kusam dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia
juga membantu menghilangkan kelemumur dan mengurangkan keguguran rambut.Asid lemak juga mengandungi omage-6, amat berkesan dalam meningkatkan kesihatan rambut. Antioksidan yang terkandung dalam minyak ini membantu memelihara sel membran kulit kepala. Secara keseluruhannya, kulit kepala akan dilindungi dan akan dipelihara.sumber rujukan :http://morocco-argan.blogspot.com/http://www.arganoilmalaysia.com/ DAPATKAN LEBIH BANYAK TESTIMONI MELALUI YOU TUBE FAKTA MENGENAI ARGAN OIL DI DALAM PENYELIDIKAN ANTARABANGSA DAN AKADEMIK JURNAL. MELALUI KAJIAN KLINIKAL DIKATAKAN SEBAGAI MINYAK TERBAIK DIDALAM DUNIA KOSMETIK HARI INI..
Feel free to go through the research articles.
http://www.arganoils.com/argan_research.html
Keratan Akhbar dan Majalah di Malaysia
FAKTA YANG TERBONGKAR!
Harian Metro 14 Disember 2010
Berita utama:
Belum tercemar
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.
‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.
Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.
“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.
“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.
Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.
“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.
“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.
“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.
Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.
Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.
Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.
“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.
“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.
Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.
“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.
“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.
Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.
“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.
“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.
“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.
“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.
Harian Metro November 2010
Artikel
Bantu Atasi Kulit Kering
PRODUK kecantikan memang banyak di pasaran yang menjanjikan rawatan dan pemulihan secara menyeluruh. Namun, untuk memperolehi produk sesuai untuk kulit memang sukar.
Kini, buat pertama kalinya di Malaysia, Secretleaf International memperkenalkan Pure Oil Series 01, satu-satunya produk kecantikan untuk merawat kulit kering, berjerawat, jeragat, parut, penuaan pramatang, kesan regangan selepas bersalin, tona kulit tidak sekata serta pelbagai masalah kulit.
Diekstrak dari pohon buah Argan, Pure Oil Series 01 mengandungi seratus peratus minyak Argan yang dikenali ‘liquid gold of Morocco’, tanpa sebarang penambahan bahan kimia, paraben, haruman dan pengawet.
Seorang pengguna Pure Oil Series 01, Zehan, 22, mengalami masalah jerawat teruk di seluruh muka, sehinggakan kulit wajah hitam disebabkan kesan parut. Dia berjumpa pakar mengenai masalah itu namun tiada penyelesaian.
“Saya mencuba Pure Oil Series 01 dua kali dan parut jerawat makin pudar dan kulit kian cerah dalam masa empat hari,” katanya.
“Bila digunakan pada rambut, keguguran rambut berkurangan serta kelihatan lebih sihat dan bersinar,” katanya.
Pengurus Jualan dan Pemasaran Secretleaf International Sdn Bhd, Ruslan Mansor, berkata keunikan minyak Argan diiktiraf di seluruh dunia kerana mengandungi tiga kali ganda komposisi Vitamin E berbanding minyak zaitun.
Beliau berkata, ia mempunyai keupayaan antioksida hebat bagi meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca utama masalah kulit seperti penuaan pramatang, bintik-bintik hitam serta kulit dan rambut yang kering.
“Pure Oil Series 01 bertindak melalui dua cara: Penggunaan pada waktu siang membantu menghalang kesan buruk pancaran UV matahari dan bahaya persekitaran daripada merosakkan kulit, dan ketika keadaan rehat di sebelah malam,” katanya.
Harian Metro November 2010
Artikel
Bebas bahan kimia, pengawet
"SAYA mempunyai tona kulit tidak sekata, garis halus di bawah mata serta jeragat di wajah. Selepas menggunakan Pure Oil Series 01 dua kali sehari, jeragat berkurangan dan kulit menjadi tegang, cerah dan berseri, sehinggakan menjadi perhatian rakan," kata jurusolek sambilan di Astro, Puan Ila.
"Kulit saya kekal lembap sepanjang hari walaupun di pejabat berhawa dingin. Parut dan bintik hitam di wajah juga semakin pudar dalam masa hanya seminggu," kata jurutera di sebuah syarikat swasta, Intan Zuria Hanini.
Pure Oil Series 01 mendapat sambutan hangat pengguna walaupun baru sebulan di pasaran.
Bagaimanapun, bagi mengelak sebarang masalah, wanita yang terlalu ghairah untuk kelihatan cantik perlu berwaspada kerana di pasaran banyak produk menggunakan bahan kimia. Pengurus Jualan dan Pemasaran Secretleaf International Sdn Bhd, Ruslan Mansor, berkata produk tiruan yang membanjiri pasaran hanya menunggu untuk 'membunuh' jika tidak berhati-hati.
"Kebanyakan wanita mudah percaya dengan iklan produk kecantikan yang kononnya memberi wajah yang jelita dan tubuh ideal pada waktu yang singkat.
"Apabila membelinya, bukan saja wang hangus, tetapi kecantikan yang diharapkan menjadi mimpi ngeri mereka," katanya. Jika tercari-cari produk kecantikan kulit dan wajah yang bebas daripada bahan kimia dan pengawet, Secretleaf Pure Oil Series 01 ialah jawapannya. "Produk kecantikan wajah dan kulit itu 100 peratus dihasilkan daripada bahan semula jadi, tanpa pengawet, tanpa paraben, tanpa pewangi dan tanpa toksin. "Namun, yang lebih penting sumber yang digunakan untuk menghasilkan produk ini halal malah mendapat pengiktirafan organik dari Ecocert Perancis," katanya.
Pure Oil Series 01 sangat kaya dengan fatty acid Omega 3, 6 dan 9. Ia amat diperlukan untuk mengekalkan tahap hidrasi yang sihat dan menghalang tanda penuaan kulit.
Kajian mendapati Omega 6 boleh mengurangkan jerawat dan mengekalkan kelembapan. Pure Oil Series 01 juga kaya dengan bahan yang membantu menyebabkan kulit terasa lembut dan melambatkan proses penuaan.
Ia juga mengandungi vitamin E yang tinggi. Ini penting untuk melindungi sel dari persekitaran yang tidak baik seperti pendedahan cahaya matahari dan pencemaran.
Bayangkan kulit anda 10 tahun dari sekarang, anda tentu tidak mahu menyesal melihatnya kerana tidak memulakan penjagaannya daripada sekarang.
Tentu lebih menyenangkan jika kulit anda 10 tahun akan datang masih seperti kulit anda sekarang. Sementara itu, Ruslan gembira kerana sejak diperkenalkan di pasaran, Secretleaf Pure Oil Series 01 mendapat sambutan baik pengguna."Kami menjangka dapat menjual 5,000 botol produk bulan ini dan meningkat kepada 10,000 botol sebulan.
"Produk ini mendapat sambutan di Brunei dan kami merancang mengembangkan pasaran produk ke Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura," katanya.
Menurutnya, jika menggunakan produk keluaran Secretleaf, pengguna tidak lagi bimbang kerana ia dihasilkan daripada sumber asli dan tiada kesan sampingan.
Sementara itu, Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan Produk Secretleaf International, Fazlina Jalaludin, berkata Pure Oil Series 01 boleh digunakan sebagai pelembap bersama produk kecantikan lain. Beliau berkata, produk itu membantu menghalang kehilangan kelembapan semula jadi kulit, mengurangkan kedutan, merangsang penjanaan dan pembaikan sel kulit serta mengurangkan parut.
"Ia turut menjadikan kulit lebih halus, mengurangkan kesan regangan selepas bersalin, menghilang parut ekzema dan psoriasis, serta mengembalikan kandungan nutrisi optimum pada kulit.
Menurut Fazlina, selain membantu memperbaiki, menegang dan menghaluskan kulit, ia juga boleh membantu mencantikkan rambut serta menyembuh rambut rosak dan bercabang kerana kandungan vitamin E dan antioksida yang tinggi dalam minyak itu.